Assalamualaikum semua,
Seperti yang dijanjikan sis nak bercerita sikit mengenai pengalaman sis dan info2 yang berguna untuk dikongsikan dengan adik2 lepasan SPM yang terpilih atau berminat menjadi pelajar Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau in English Centre for Foundation Studies(CFS).
1. PROGRAM YANG DITAWARKAN
Terbahagi kepada dua , ARTS n SCIENCES
=Asasi Sciences
-Medic
-Pharmacy
-Dentistry
-Allied health sciences (uia degree utk ni ada 6)
Radiotherapy (yg xray2)
Optometry (pasal mata)
Dietetics (pasal makan)
Audiology (utk telinga)
Physiotherapy (kerja urut2 otot)
Biomedical (research pasal medic? entohlah)
-Nursing
-Engineering (uia degree utk ni ada 8)
Communications
Computer and information
Mechatronics
Aerospace
Automotive
Manufacturing
Biochemical and biotechnology
Materials
-Architecture and Environmental design (uia degree ada 6)
-ICT (uia degree utk ni information technology dgn computer science)
-physical science (uia degree utk ni matematik dan physics)
-biological science (uia degree utk ni hanya lah degree chem dan biotechnology)
-economics and management (yg ni ada 4)
= Asasi arts
-Law
-Islamic Revealed Knowledge
-Bachelor arabic
-Bachelor english
-Human science (political science,psychology,communication,history dan sociology and athropology-degree)
-English for international comunication (ENCOM) ni rasenye blajar kearah event management
-Arabic for international comunication (ARCOM) ni pun same gak
Ada satu lagi kuliyyah yang masih baru lagi dan sis tak berapa pasti sangat dan korang boleh bukak laman web dia untuk lebih maklumat tau Kuliyyah Languange and Management (diorang dah berpindah ke Pagoh,Johor) dan rasanya ada kos yang memerlukan interview dan ada 4 kos kat sini termasuk ENCOM dan ARCOM jugak masak kat degree nanti. Selain itu,
-Malay for International Communication (MALCOM)
-Tourism planning and hospitality management
Fakta2 pasal program2 kat asasi
1. Masa korang isi upu kalau tak dapat course yang korang nak, jangan risau sebab masa minggu orientasi diorang akan bukak application utk tukar course tapi bukan untuk course critical cam medic. Tetapi sebab student ramai sgt start tahun lepas dia dah tak bagi tukar masa minggu orientasi,utk tahun2 depan xtau laJadi salah satu cara ialah korang boleh tukar masa setiap hujung sem, time sem nak habis dia bukak la utk sape2 nak tukar. Tapi tgk korang nya pointer ngan result spm
2. Sapa2 yang course critical (tapi x lama lagi dah xkritikal sgt) cam medic, dentistry korang nya cgpa kena mantain 3.5 ke atas dan terus dapat JPA. Utk pharmcay lak rasa nya jpa bagi utk cgpa 3.75 ke atas.Utk course2 lain yg ada dalam senarai JPA kalau nk apply min 3.5 tapi utk dpt ak nasihatkan korang studi la sampai dpt 3.8 ke.aku punya pointer sendiri kelaut.haha
3. Masa asasi uia, diorang amik student bnyk tapi tempat utk degree ade kuota masing2 . Contohnya sis human science, student asasi memang ramai dan di degree kita akan dipecahkan ikut kos kita nak ada 5 tau bawah human sciences ni Political Science, Psychology (kos sis ni),Communication,History dan Sociology and Anthropology.
4. Sekarang ni makin ramai student apply masuk asasi uia so skrg ni diorang tgh ubah sistem studi n exam supaya jadi lebih strict dan diorang hanya akan simpan budak2 yg lepas minimum pointer masing2.Sekali korang dapat dismiss letter dah xleh buat rayuan nk masuk uia balik.kata nya lah
5. Dalam satu sem ikut sistem baru ni, dah xde midsem exam dan hanya akan ada finalsem exam.so korang punya gred bagi subjek datang dari quiz + assignment,presentation + final exam .Tpi dia ikut kos korang dan lecturer jugak diorang nak buat ke tak mid sem tu dan sekarang pun ada subjek yang tak ada final jugak.
6. Program kat asasi ni lain dgn asasi kat um dgn uitm ke atau matrik sebab masa isi upu tu kalau boleh pilihla yg dirasakan dekat dgn hati anda.Kalau dekat asasi lain kalau dah habis asasi,matrik kena pilih dalam upu balik utk degree. kalau budak2 uia ni kalau result okey terus dapat degree kat uia tapi kalau budak asasi uia nk masuk u lain tak boleh melalui upu. Diorang terpaksa apply sendiri,hantar surat sendiri kat u tersebut.
7. Asasi uia ade program setahun,setahun setengah,dua tahun. Tempoh bergantung pada exam entrance bi dan arab dan jugak course yg dipilih.
kalau korang dapat result exempted bagi exam entrance bi dan arab maka program anda jadi setahun (bagi sesetengah course akan diberi pilihan utk buat setahun atau dua)
2.TEMPAT PENGAJIAN ASASI UIA
Pusat asasi uia sekarang ni ada DUA.Sebelum ni ada tiga termasuk kat Gombak.
-Pusat Asasi Petaling Jaya
Pusat asasi kat sini adalah tempat sis belajar dulu tahun 2018 ialah tahun yang menyedihkan sebab pusat asasi ni telah ditutup. Segala kenangan kat sini dah hilang tapi kenangan tidak.
CFS IIUM |
-Pusat Asasi Gambang
Hanya untuk kos aliran sains sahaja disini (degree) dan jugak semua asasi akan beradi di Gambag (Phang) lepas ni. Seronoklah korang tau duduk tempat baru. Masa sis dulu duduk di CFS PJ, dah ditutup pun.
Bilik di Gambang (Pahang) |
Masjid CFS Gambang
|
No comments:
Post a Comment