Click sini awak

Thursday, 24 January 2019

Bila kita dah ditakdirkan

Assalammualaikum semua,

Tajuk macam drama TV3 pukul 7.00 malam tak tu..hahhahaha, bukan apa lepas tulis tentang cara nak isi UPU tu teringat masa mula2 dapat tahu result UPU. Perasaan dia susah nak cakap bercampur baur seronok,sedih, takut dan risau, macam2 lah yang sis fikirkan. Masa mintak UPU dulu ada lapan pilihan yang boleh kita buat tau masa sis dulu memang sis aim mesti dapat UITM sebab tujuh dari lapan tu sis mintak UITM  dan satu tu ASASI UIAM. Alhamdulilah dah namanya rezeki sis dapat masuk ke Garden Knowledge and virtue di Petaling Jaya,Selangor (sekarang dah tutup dan dan dipindahkan ke Pagoh Johor). Tak silap sis sekarang semua dah perpindah ke Gambang (Pahang) untuk budak2 aliran sains dan Pagoh (Johor) untuk selain budak2 aliran sainsis antara insan terpilih sebab PJ dekat dengan rumah.

Mahallah Khadijah  dan malam taaruf week



Tempat kenalnya erti hidup


Nanti sis akan post pasal pengalaman dan di Asasi UIA PJ ye, sebab ramai yang tak tahu pasal asasi ni sangat. Berbalik tentang kisah sis masa dapat tahu tentang result UPU sis kerja dekat Tadika Pasti As Siddiq dekat PJ, saja cari pengalaman baru. Masa sis dapat tahu pun lepas kawan baik sis Aida yang tolong check kan, dan masa tu kekok jugak sebab kawan sis tak dapat tapi check kan utuk sis perasaan serba salah tu ada tapi kami kawan baik sentiasa doakan untuk kawan2.

Masa dapat tahu tu sis terus jumpa ayah sis dekat bawah sebab masa tu kitaorang bukak kedai ABC, ayah sis seronok lah anak dia dapat masuk universiti,sis pun call akak dan mak sis berita seronok ni walaupun dalam hati terdetik bolehkah aku ni yang tak ada sekolah agama nak masuk UNIVERSITI ISLAM ANTRABANGSA MALAYSIA. Tudung dahlah singkat baju pun tak adalah labuh mana bahasa arab lagilah Assalammualaikum,waalaikumsalam tahulah.

Tapi alhamdulilah family sis selalu support dengan bagi kata kata semangat dan sis pun fikir positif yang sis mmg ada cita cita nak sambung belajar dan takkan nak duduk rumah jekan. Semua benda kita akan belajar nanti cuma malas atau rajin je. Perasaan sedih mula dirasai jugak sebab sis tak pernah jauh dari family dan tak pernah tinggalkan umah, masa di Asasi PJ lah detik permulaan hidup sis mengenal dunia.

Eh lupa nak cakap sis dapat ASASI SAINS KEMANUSIAAN. Haaa apa tukan mesti korang pelik kan belajar apa tu???? ada kerja ke???? doktor ke???? Nanti sis sambung ye, dah lewat ni beauty need to sleep,Goodnight semua

Love, ain.



No comments:

Post a Comment