Click sini awak

Thursday, 31 January 2019

Bersediakah menempuh dunia baru

Assalammualaikum semua,

Sem baru dan nak bermula...nak kata excited tu bolehlah sebab ni last sem kut lepas ni dah tak harung dh study ni boleh fikir kerja pulak tapi dari sudut hati kecil mula cakap

"dah ready ke nak tempuh hidup berkerjaya?'

"mesti sedih dah habis belajar nanti"

"dah ready nak tempuh hidup baru?'

macam2 soalan lah dekat kepala ni kadang2 sampai pening jugak kepala. Semua sebab bila kita dah habis belajar tanggungjawab akan diserahkan dekat sis pulak sebab sis anak bongsu dan semua adik beradik dah kahwin, lebih sikit tanggungajawab kat sis. Memang raai orang kata anak bongsu "manja"."mintaklah semua dapat", hahahaahh semua tu tk berlaku kat sis pun sebab sis bukan dari keluarga yang senng dan semua benda kena usaha senditi tak kisah lah anak sulung ke tengah ke hujung pun.


Subian's family





Inilah jiwa dan raga sis, yang sentiasa ada ketika senang dan susah...sis harap dapat balas jasa diorang bukan mak ayah je satu keluarga sis,Insyalllah orang kata benda baik Allah akan permudahkan.

Sis sentiasa harapkan apa yang sis belajar dalam bidang psikologi sis dapat amalkan dan transfer kepada orang lain, sebab psikologi ni satu bidang yang menarik untuk kita kenali diri kita sendiri dan orang lain. Sis bukan NUJUM PAK BELALANG atau AHLI SILAP MATA yang boleh baca fikiran anda tau... Apa2 pun matlamat hidup sis biar family happy sis pun happy, tak lupa Allah selalu akan ada dengan kita setiap masa dan waktu.

 

 “Tuhanmu tidak pernah meninggalkanmu dan tidak juga membencimu.” (Surah Dhuha: ayat 3)



Pusat asasi IIUM (CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES)

Assalamualaikum semua,

Seperti yang dijanjikan sis nak bercerita sikit mengenai pengalaman sis dan info2 yang berguna untuk dikongsikan dengan adik2 lepasan SPM yang terpilih atau berminat menjadi pelajar Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau in English Centre for Foundation Studies(CFS).


1. PROGRAM YANG DITAWARKAN

Terbahagi kepada dua , ARTS n SCIENCES

=Asasi Sciences

-Medic

-Pharmacy

-Dentistry


-Allied health sciences (uia degree utk ni ada 6)

Radiotherapy (yg xray2)

Optometry (pasal mata)

Dietetics (pasal makan)

Audiology (utk telinga)

Physiotherapy (kerja urut2 otot)

Biomedical (research pasal medic? entohlah)


-Nursing

-Engineering (uia degree utk ni ada  8)

Communications

Computer and information

Mechatronics

Aerospace

Automotive

Manufacturing

Biochemical and biotechnology

Materials


-Architecture and Environmental design  (uia degree  ada 6)

-ICT (uia degree utk ni information technology dgn computer science)

-physical science (uia degree utk ni matematik dan physics)

-biological science (uia degree utk ni hanya lah degree chem dan biotechnology)

-economics and management (yg ni ada 4)


= Asasi arts


-Law

-Islamic Revealed Knowledge

-Bachelor arabic

-Bachelor english

-Human science (political science,psychology,communication,history dan sociology and athropology-degree)

-English for international comunication (ENCOM) ni rasenye blajar kearah event management

-Arabic for international comunication (ARCOM) ni pun same gak


Ada satu lagi kuliyyah yang masih baru lagi dan sis tak berapa pasti sangat dan korang boleh bukak laman web dia untuk lebih maklumat tau Kuliyyah Languange and Management (diorang dah berpindah ke Pagoh,Johor) dan rasanya ada kos yang memerlukan interview dan ada 4 kos kat sini termasuk ENCOM dan ARCOM jugak masak kat degree nanti. Selain itu,

-Malay for International Communication (MALCOM)

-Tourism planning and hospitality management

Fakta2 pasal program2 kat asasi

1. Masa korang isi upu kalau tak dapat course yang korang nak, jangan risau sebab masa minggu orientasi diorang akan bukak application utk tukar course tapi bukan untuk course critical cam medic. Tetapi sebab student ramai sgt start tahun lepas dia dah tak bagi tukar masa minggu orientasi,utk tahun2 depan xtau laJadi salah satu cara ialah korang boleh tukar masa setiap hujung sem, time sem nak habis dia bukak la utk sape2 nak tukar. Tapi tgk korang nya pointer ngan result spm

2. Sapa2 yang course critical (tapi x lama lagi dah  xkritikal sgt) cam medic, dentistry korang nya cgpa kena mantain 3.5 ke atas dan terus dapat JPA. Utk pharmcay lak rasa nya jpa bagi utk cgpa 3.75 ke atas.Utk course2 lain yg ada dalam senarai JPA kalau nk apply min 3.5 tapi utk dpt ak nasihatkan korang studi la sampai dpt 3.8 ke.aku punya pointer sendiri kelaut.haha


3. Masa asasi uia, diorang amik student bnyk tapi tempat utk degree ade kuota masing2 . Contohnya sis human science, student asasi memang ramai dan di degree kita akan dipecahkan ikut kos kita nak ada 5 tau bawah human sciences ni Political Science, Psychology (kos sis ni),Communication,History dan Sociology and Anthropology.

4. Sekarang ni makin ramai student apply masuk asasi uia so skrg ni diorang tgh ubah sistem studi n exam supaya jadi lebih strict dan diorang hanya akan simpan budak2 yg lepas minimum pointer masing2.Sekali korang dapat dismiss letter dah xleh buat rayuan nk masuk uia balik.kata nya lah

5. Dalam satu sem ikut sistem baru ni, dah xde midsem exam dan hanya akan ada finalsem exam.so korang punya gred bagi subjek datang dari quiz +  assignment,presentation + final exam .Tpi dia ikut kos korang dan lecturer jugak diorang nak buat ke tak mid sem tu dan sekarang pun ada subjek yang tak ada final jugak.

6. Program kat asasi ni lain dgn asasi kat um dgn uitm ke atau matrik sebab masa isi upu tu kalau boleh pilihla yg dirasakan dekat dgn hati anda.Kalau dekat asasi lain kalau dah habis asasi,matrik kena pilih dalam upu balik utk degree. kalau budak2 uia ni kalau result okey terus dapat degree kat uia tapi kalau budak asasi uia nk masuk u lain tak boleh melalui upu. Diorang terpaksa apply sendiri,hantar surat sendiri kat u tersebut.

7. Asasi uia ade program setahun,setahun setengah,dua tahun. Tempoh bergantung pada exam entrance bi dan arab dan jugak course yg dipilih.

kalau korang dapat result exempted bagi exam entrance bi dan arab maka program anda jadi setahun (bagi sesetengah course akan diberi pilihan utk buat setahun atau dua)

2.TEMPAT PENGAJIAN ASASI UIA

Pusat asasi uia sekarang ni ada DUA.Sebelum ni ada tiga termasuk kat Gombak.

-Pusat Asasi Petaling Jaya

Pusat asasi kat sini adalah tempat sis belajar dulu tahun 2018 ialah tahun yang menyedihkan sebab pusat asasi ni telah ditutup. Segala kenangan kat sini dah hilang tapi kenangan tidak.

CFS IIUM


-Pusat Asasi Gambang


Hanya untuk kos aliran sains sahaja disini (degree) dan jugak semua asasi akan beradi di Gambag (Phang) lepas ni. Seronoklah korang tau duduk tempat baru. Masa sis dulu duduk di CFS PJ, dah ditutup pun.

Bilik di Gambang (Pahang)



Masjid CFS Gambang 
  1. Surat at-Thalaq ayat 12

Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahwasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu.



Thursday, 24 January 2019

Bila kita dah ditakdirkan

Assalammualaikum semua,

Tajuk macam drama TV3 pukul 7.00 malam tak tu..hahhahaha, bukan apa lepas tulis tentang cara nak isi UPU tu teringat masa mula2 dapat tahu result UPU. Perasaan dia susah nak cakap bercampur baur seronok,sedih, takut dan risau, macam2 lah yang sis fikirkan. Masa mintak UPU dulu ada lapan pilihan yang boleh kita buat tau masa sis dulu memang sis aim mesti dapat UITM sebab tujuh dari lapan tu sis mintak UITM  dan satu tu ASASI UIAM. Alhamdulilah dah namanya rezeki sis dapat masuk ke Garden Knowledge and virtue di Petaling Jaya,Selangor (sekarang dah tutup dan dan dipindahkan ke Pagoh Johor). Tak silap sis sekarang semua dah perpindah ke Gambang (Pahang) untuk budak2 aliran sains dan Pagoh (Johor) untuk selain budak2 aliran sainsis antara insan terpilih sebab PJ dekat dengan rumah.

Mahallah Khadijah  dan malam taaruf week



Tempat kenalnya erti hidup


Nanti sis akan post pasal pengalaman dan di Asasi UIA PJ ye, sebab ramai yang tak tahu pasal asasi ni sangat. Berbalik tentang kisah sis masa dapat tahu tentang result UPU sis kerja dekat Tadika Pasti As Siddiq dekat PJ, saja cari pengalaman baru. Masa sis dapat tahu pun lepas kawan baik sis Aida yang tolong check kan, dan masa tu kekok jugak sebab kawan sis tak dapat tapi check kan utuk sis perasaan serba salah tu ada tapi kami kawan baik sentiasa doakan untuk kawan2.

Masa dapat tahu tu sis terus jumpa ayah sis dekat bawah sebab masa tu kitaorang bukak kedai ABC, ayah sis seronok lah anak dia dapat masuk universiti,sis pun call akak dan mak sis berita seronok ni walaupun dalam hati terdetik bolehkah aku ni yang tak ada sekolah agama nak masuk UNIVERSITI ISLAM ANTRABANGSA MALAYSIA. Tudung dahlah singkat baju pun tak adalah labuh mana bahasa arab lagilah Assalammualaikum,waalaikumsalam tahulah.

Tapi alhamdulilah family sis selalu support dengan bagi kata kata semangat dan sis pun fikir positif yang sis mmg ada cita cita nak sambung belajar dan takkan nak duduk rumah jekan. Semua benda kita akan belajar nanti cuma malas atau rajin je. Perasaan sedih mula dirasai jugak sebab sis tak pernah jauh dari family dan tak pernah tinggalkan umah, masa di Asasi PJ lah detik permulaan hidup sis mengenal dunia.

Eh lupa nak cakap sis dapat ASASI SAINS KEMANUSIAAN. Haaa apa tukan mesti korang pelik kan belajar apa tu???? ada kerja ke???? doktor ke???? Nanti sis sambung ye, dah lewat ni beauty need to sleep,Goodnight semua

Love, ain.



Tuesday, 22 January 2019

Cara nak daftar UPU

Assalammualaikum semua,


Hari ni sis nak bagitahu cara nak mohon UPU ni. Sis pun tak adalah pandai sangat tapi berdasarkan pengalaman sis dulu tau. Kita semua mesti ada cita cita nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi kan nak banggakankan mak aya, nak duit banyak dan berjaya dalam hidupkan nilah salah satu langkah kita boleh ambik untuk merealisasikan impian kita tu... takkan nak tunngu anak raja datang minang dik oiiiiii (SIS TUNGGU JUGAK TAK ADA PUN,HEHEHE)


Bagi pelajar lepasan SPM, diploma, matrikulasi, STPM dan sebagainya, anda tentu tertanya-tanya bila agaknya permohonan Unit Pengambilan Pelajar (UPU) akan dibuka. Sebenarnya akak sendiri pun tak pasti tapi boleh selalu check online tau, jangan miss pulak rugi je nanti sebab semua perlu diisi online tau korang jangan gatal2 nak gi ofice dia pulak.

 

Ni laman web dia tau ------  http://upu.moe.gov.my/web/



Langkah pertama 

Insyallah dimulakan dengan Bismillahhirahmanirahim

 

Langkah kedua

Selepas UPU online dibuka, adik2perlu segera membeli nombor pin UPU di mana-mana kaunter cawangan BSN yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. No pin ni hanya boleh digunakan oleh satu pemegang akaun je tau, tak ada makna nak kongsi dengan jirau atau rakan taulan ye. Harga no pin ni boleh tanya kaunter BSN sebab takut berubah tapi lebih kurang Rm 15.64 Selain itu, korang  wajib pastikan nombor pin yang dibeli mengikut kategori yang betul sebab terdapat dua kategori nombor pin iaitu untuk kategori permohonan Program Lepasan SPM (setaraf) bagi pemohon yang memohon menggunakan sijil SPM, SKM, ILKA dan Sijil Kolej Komuniti manakala bagi kategori kedua adalah permohonan bagi Program Lepasan STPM (setaraf) bagi pemohon lepasan STPM, Matrikulasi KPM, STAM, Diploma Setaraf, Asasi UiTM dan Asasi UM. 

 

 

 

Langkah ketiga

Bolehlah mula mengisi borang UPU tu, isi bagi lengkap ye dan korang dapat buat sehingga 3 atau 5 kali cubaan untuh isi borang UPU tu. Mana tahu ubah fikiran nak ke bidang lain,tukar no handphone ke guna sebaik mungkin peluang tu jang pulak saja saja je tukar nak hilangkan bosan ye.

 

Ada 8 pilihan utuk korang pilih universiti dan kos apa korang nak sambung nanti, pilih minat korang jangan ikut kawan atau orang. Macam sis memang ikut pilihan sis sendiri dan Alhamdulilah family sis support je walaupun sis tak yakin awal2 nak masuk UIA sebenarnya walaupun sis yang mintak. Tapi alhamdulilah berkat doa semua sis bejaya harungi liku liku kehidupan.......Untuk dapat result yang cemerlang tu tahniah bagi kurang memberangsangkan jangan putus asa rezeki korang Allah bagi dengan cara lain tau. Itu sahaja yang sis nak bagitu,byeeee

 

 Love ain.

 


 

Monday, 21 January 2019

TAK KENAL TAK CINTA

Assalammualaikum semua,


Nama penuh sis Nur 'Ain binti Mohd Subian dan no ic 95........, heheheh tak yahlah kut karang jadi lain pulak. Tahun 2019 ni umor sis Alhamdulilah 24 tahun dah terima kasih kat Encik Subian dan Pn Rahmah ye membesarkan anak dia yang sedia besar ni.

Sekarang sis masih lagi study kat UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM), dalam kos PSYCHOLOGY dan nampak tak macam tgh bangga tu..hehehehe, insyallah sem depan yang menjelang lagi berapa minggu je lagi tahun 4 sem 2 di UIA, 6 tahun dan dekat Uia termasuk asasi di PJ dulu. Klaau korang nak tahu step2 masuk UIA dan apa je ada dekat UIA tu nnti sis terangkan dalam next entry. Nanti sis pun akan kongsikan pasal Psychology ni apa yang sis belajar dan apa yang menariknya.


Kenapa 2019 menjadi permulaan baru gatal nak buat blog ni?????????

Sebab bila kita semakin dewasa kita semakin susah nk luahkan dan banyak benda kita nak kongsi dan blog ni adalah medium yang terbaik.

Oklah dan pukul 1.46a.m jam didinding terus berdetak ahhh.... dari terus sambung jom kita tido dulu.