Click sini awak

Tuesday, 26 February 2019

Misteri dilaila yang penuh misteri

Assalammualaikum semua...

Sekarang semua tengah sibuk bercerita tentang misteri dilaila???? best sangt ke cerita ni? Betul ke cerita ni ada 2 ending.

Yes korang cerita ni memang best dan penuh sangat misteri, sampai penig sis nak menjawab persoalan dalam cerita ni. Jalan cerita dia menarik dan memang betul dia ada 2 ending yang berbeza dan memang lain kedua dua ending ni. Ending untuk video 1 bagi sis lagi panjang dan tak mengelirukan sangat sebab misteri hilangnya dilaila dapat kita tahu. Kalau untuk video 2 gak confuse jugak tapi lagi thrill ending dia and Rosyam Noor berlakon serious menjadi wataknya, buat kita tak sanka untuk video 2 tu.  Memang tak rugi kalau korang tengok kedua dua V1 dan V2, tapi ingat tau setiap ending berbeza. Ni sis bagi list untuk ending dia.
Kalau korang pernah tengok insidious memang misteri dilaila, sebab banyak benda belum terungkai lagi dan buat kita nak tahu apa akan berlaku seterusnya. Korang memang kena tengok berbaloi dan tak rugi.

Sinopsis Misteri Dilaila
Filem ini mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth Tan) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. yang dinamakan Villa Dilaila.
  Malam pertama disana, Jefri diganggu kejadian aneh. Keesokan harinya, Jefri mendapati isterinya hilang tanpa dikesan.
  Iman Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira memaklumkan Dilaila sudah dijumpai dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz itu bukan isterinya.
  Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi ini? i.

Friday, 8 February 2019

Veribezd perfume kualiti (PARFUM)

Assalammualaikum semua,

Hari ni sis nak promote sikit perfume sis jual, namanya veribezd perfume. Bau perfume ini adalah unik dan bukan inspired perfume tau sesuai untuk lelaki dan wanita. Sis pun sebenanrnya kurang dengan perfume ni tapi bila bau perfume veribezd ni sis rasa boleh pergi jauh lagilah dia buatan Malaysia kan lagilah sis support.


Veribezd Perfume merupakan salah satu keluaran bumiputera iaitu minyak wangi berkualiti tinggi oleh pengasasnya yang berasal dari Kedah. Buat pertama kalinya Wawa dengar jenama ini dan sangat teruja untuk mengenalinya dengan lebih lanjut lagi.

Ianya direka khas dengan ukiran botol kaca bertemakan klasik moden  itu, menampilkan rupa ekslusif dan berkualiti tinggi. Dan yang menariknya ia menarik perhatian orang! Wawa pun dah jatuh hati dengan bentuk botol tersebut. Apa yang istimewanya dengan Veribezd Perfume ini??
 
Setiap jenama ada keistimewaan yang tersendiri bukan? Begitu juga dengan Veribezd Perfume. Untuk pengetahuan semua, Veribezd Perfume merupakan Premium Quality Perfume kerana ia terletak pada harga yang sangat-sangat tak masuk akal!
 
.==========================
KELEBIHAN VERIBEZD PERFUME
==========================
.
(+) 50ml (Paling Tinggi Kandungan & Paling Jimat Di Pasaran)
(+) Harga Tak Masuk Akal (Sgt2 Mampu Milik)
(+) Kekal lama dan sangat2 wangi! (Lebih 14-15 jam)
(+) Formulasi Eksklusif (Bukan Inspired By)
(+) 6 Jenis Haruman Mewah (Disukai ramai)
(+) Sesuai utk Lelaki & Wanita
(+) Mesra Solat 
(+) Kualiti Premium PERFUME (Lebih tinggi dr EDT & EDP)
(+) Penampilan Mewah & Eksklusif
(+) Sesuai dipakai seisi keluarga
(+) Sesuai dijadikan Hadiah
(+) Haruman Kualiti Antarabangsa


Mesti anda semua tertanya-tanya, apakah bauan yang sesuai untuk kaum wanita dan juga lelaki kan? Jangan risau, sebab Veribezd Perfume direka untuk unisex iaitu semua perfume boleh dipakai oleh lelaki dan perempuan. Tapi kenapa? Ini kerana, ada kaum wanita menyukai bau yang lembut dan juga kuat, begitu juga kaum lelaki. Jadinya, ianya sangatlah sesuai untuk semua. Jom Ain terangkan setiap bauan yang ada ini.

1. VERRA

  • Kuat pada awal tapi makin lama makin lembut baunya
  • Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu soft, makin lama makin sedap baunya
  • Berbau lemon sedikit
  • Berbau manis sedikit seperti Fruit Candy
  • Ada bau seperti floral, bunga mawar, melur, melati dan jasmin
  • Lembut je dan rasa segar tau
  •  

2. VEXUS





 
  • Berbau seperti kasturi
  • Bauan seakan haruman daripada kayu
  • Sedikit berbau soft sweet dan soft berry
  • Sedikit bauan soft lemon
  • Haruman sangat ketara dan sedikit kuat
3. VOYZE
 
  • Haruman campuran bunga-bunga yang manis dan menyegarkan
  • Seperti berada dalam taman bunga kasturi dan kemuning yang baru kembang
  • Haruman yang ringan dan lembut namun ketara
  • Tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras
  • Bau dia fresh dan menyegarkan tak sakitkan hidung
4. VENTILLA

 
  • Haruman seperti di "bakery"
  • Sangat sedap seperti sedang bakar "kek vanila"
  • Bau vanila yang manis, lembut, jelas dan ketara
  • Gabungan haruman coklat dan coffee
  • Mengeluarkan bauan vanila, coklat dan coffe secara silih berganti. Wow!!memang macam magic sebab bau dia berubah ubah tau.
5. VUCCI
 
  • Bau haruman lemon yang sedap dan menyegarkan 
  • Haruman yang lembut namun jelas ketara
  • Aroma lembut seperti bunga baru putik dan bunga cempaka
  • Merasakan diri berada di taman bunga
  • Bauan manis yang lembut dan sedap dihidu
Kalau ada yang berkenan dengan veribezd perfume dengan botol yang cantik ni dan haruman yang setaraf antarabangsa boleh whatsapp/facebook atau ke instagram kami sendiri ye. 

Jom dapatkan harga promo sekarang murah dan berbaloi

 
Instagram : @ainyysubian
Facebook : @toyoupretty

Taaruf/Orientasi di UIA

Assalammualaikum dan hye semua,

Alhamdulilah minggu ni sis dah berada di UIA untuk sem akhir di UIA Gombak,insyallah harap semuanya berjalan lancar dan sis boleh grad dengan jayanya. Aminnnn

Disebabkan keputusan UPU dah nak  keluarkan, rasa nak share pasal pengalaman atau step korag akan lalui setelah dapat menjejakkan kaki di asasi UIA nnti. Di UIA akan ada orientasi seprti di UNI2 yang lain jugak tapi korang tak payah stress2 risau2 pun nangis bucu katil ke sebab orietasi di UIA atau dikenali sebagai taaruf memang santai2 je. Korang akan lebih mengetahui pasal UIA di orientasi ni so better pergi dari duk bilik mereput buat apakan. Kalau ada ayat2 brother atau sis kalau tak pergi taaruf tu kena ulang sem depan, tak payah terpedaya sampai grad pun tak ada makna diorang nak cari korag kena repeat tak ada faedah cuma bila korang tak pergi banyak info yang korang akan miss nanti. Eh lupa nak cakap kat sini panggilan antara student adalah bro and sis, ala2 luar negara gitu.
 
Semasa minggu taaruf jugak korang akan melalu ujian2 iaitu English Placement Test (EPT) ,Arabic Placement Test (APT) dan Tilawah Placement Test. Ujian ni bukan apa nak check korang punya level sebab dia akan mengajar kita dari basic zero ke hero gitu. Siapa yang lemah bahasa arab macam sis atau dari segi kata lain tak belajar arab pun jangan risau korang akan dapat belajar bahasa syurga tu di UIA tau. Begitu jugak untuk english sebab bahasa pengatara di UIA mmg menggunakan bahasa ingeeris fully ye barulah rasa di OXFORD gitu. 
 
Sis cite pasal English Placement Test (EPT) kat UIA dulu. EPT ni kira macam adik beradik MUET, IELTS dan semua test yang sewaktu dengannya cuma EPT khusus untuk pelajar UIA. Best sebab kami tak perlu ambil MUET 😁Test ni akan diduduki oleh semua lepasan SPM yang dapat peluang masuk UIA untuk tentukan English kita kat tahap mana. Exam masa minggu orientasi. Level dia dari 1-6 dan setiap kos ada level yang perlu lepas untuk ke degree dan level ni jugak yang menentukan awak satu,satu tahun setengan atau dua tahun dia UIA. Tapi sekarang katanya asasi semuanya setahun jugak,tak pasti sangat.

Sis biasalah budak2 bijak mula dari bawah di Level 4, hahaha (sedangkan tak lepas) membuatkan sis berada di UIA 2 tahun untuk asasi dan utuk kos Human Sciences memerlukan kita sampai level 6 untuk ke degree. Level 4 tu kira orang yang tahap English dia biasa² je. Sebab ada yang dapat level 5 level 6 dan ada yang exempted (tak payah masuk kelas English langsung). Best kan?Mula² memang la cemburu tengok orang yang tak perlu masuk kelas English masa asasi sebabnya kelas English la yang paling banyak contact hour. Kelas lima hari seminggu 😩 rasa nak muntah belajar English.

Lepas habis level 4 kena masuk kelas level 5 pulak 😩 nangis oo masa keluar result sebab ada kawan² yang exempted terus dari level 4 jadi dah tak perlu masuk kelas English dan ada yang terus jump ke level 6 jugak . Betapa desperate nya tak nak pergi kelas English sebab masa asasi kelas penuh dengan kelas bahasa je 😭

Masa level 5 pulak nak dijadikan cerita sedih lagi menyanyat hati sis ditakdirkan oleh Allah untuk repeat Level 5 sedihkan orang ada dah habis ada naik level 6 sis masih tersangkut kat situ. Masa nilah  kami kena push untuk buat essay demi essay. Tak tahu la berapa banyak essay dapat siap dalam satu sem tu. Siap satu essay kena hantar dan madam akan bulat atau garis je kesalahan kita dan kita kena betulkan sendiri then hantar semula. Dengan cara ni, kita ingat kesalahan kita dan tak ulang kesalahan sama bila buat essay lain. Tapi alhamdulilah Allah memang uji kita utuk diganti dengan benda yang baik sis tak payah ambik level 6 sebab dan exit terus. Terus puji diri sendiri masa tu...

Sekian cerita pasal EPT. Oh selain tu ada juga Arabic Placement Test (APT). Untuk arabic placement test ni pun macam EPT tadi cuma dekata asasi kos Human sciences wajib lepas level 1 dan level 2 untuk ke degree dan masa ni sis dengan bangga keluar awal ialah mana faham bahasa arab dan sis diletakkan di Level 1 untuk kelas arab. Masa level 1 ada kawan sis terus jump sampai 5 kiranya tak payah ambik arab kat degree dan ada yang ke level 2 tengok nasiblah korang pandai arab dan sekolah agama lagi mudah sebenarnya. geng2 sis jangan risau kat sini nnti korang belajar.
 
Next pulak, Tilawah Placement Test (TPT), ini ujian untuk ustad dan ustazah dengan bacaan quran kita dan tajwid dan ada satu lagi test ujian fardu ain ni. Kalau korang dapat markah tinggi di asasi korang akan masuk kelas usrah di uia dan kalau korang dapat markah rendah akan akan kelas alquran dan fardu ain untuk diajar. 
 
Jangan risau UIA ni lengkap duniawi dan akhirati tau. Malas nak cerita. Itu lah UIA, orientasi yang penuh dengan briefing dan test 😆


Selamat meneruskan pelajaran. Choose well 😘 May Allah ease your future undertaking.

Wednesday, 6 February 2019

Happy birthday ain (4/2/1995)

Assalammualikum semua,


Alhamdulilahmasih diberi peluang bernafas dimuka bumi Allah ini. Umur sis 24 tahun ye dah tua sebenarnya tapi perasan masih 10 tahun, hahahaha....


Tahun ni alhamdulilah sambut dengan family secara sederhana dan full of suprise from family. Terima kasih jugak dekat kawan2 yang sentiasa mendoakan, keluarga dan teman rapat yang masih ada disisi.

Happy birthday to meeee


Ain cinta kamu...hahahahaha


My sister birthday 14/2 jugak sambut sekalilah

suprise birthday from someone

Makin meningkat usia kita merasakan ingin berada bersama dalam sekolompok kecik rakan2 dan bersama keluarga. Semakin meningkat usia menjadi peringatan kepada kita semua bahawa bumi pun semakin meningkat usianya bila2 masa dia boleh menghacurkan bumi, sebab setiap yang bernyawa pasti akan mati itu memang pasti.


Thursday, 31 January 2019

Bersediakah menempuh dunia baru

Assalammualaikum semua,

Sem baru dan nak bermula...nak kata excited tu bolehlah sebab ni last sem kut lepas ni dah tak harung dh study ni boleh fikir kerja pulak tapi dari sudut hati kecil mula cakap

"dah ready ke nak tempuh hidup berkerjaya?'

"mesti sedih dah habis belajar nanti"

"dah ready nak tempuh hidup baru?'

macam2 soalan lah dekat kepala ni kadang2 sampai pening jugak kepala. Semua sebab bila kita dah habis belajar tanggungjawab akan diserahkan dekat sis pulak sebab sis anak bongsu dan semua adik beradik dah kahwin, lebih sikit tanggungajawab kat sis. Memang raai orang kata anak bongsu "manja"."mintaklah semua dapat", hahahaahh semua tu tk berlaku kat sis pun sebab sis bukan dari keluarga yang senng dan semua benda kena usaha senditi tak kisah lah anak sulung ke tengah ke hujung pun.


Subian's family





Inilah jiwa dan raga sis, yang sentiasa ada ketika senang dan susah...sis harap dapat balas jasa diorang bukan mak ayah je satu keluarga sis,Insyalllah orang kata benda baik Allah akan permudahkan.

Sis sentiasa harapkan apa yang sis belajar dalam bidang psikologi sis dapat amalkan dan transfer kepada orang lain, sebab psikologi ni satu bidang yang menarik untuk kita kenali diri kita sendiri dan orang lain. Sis bukan NUJUM PAK BELALANG atau AHLI SILAP MATA yang boleh baca fikiran anda tau... Apa2 pun matlamat hidup sis biar family happy sis pun happy, tak lupa Allah selalu akan ada dengan kita setiap masa dan waktu.

 

 “Tuhanmu tidak pernah meninggalkanmu dan tidak juga membencimu.” (Surah Dhuha: ayat 3)



Pusat asasi IIUM (CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES)

Assalamualaikum semua,

Seperti yang dijanjikan sis nak bercerita sikit mengenai pengalaman sis dan info2 yang berguna untuk dikongsikan dengan adik2 lepasan SPM yang terpilih atau berminat menjadi pelajar Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau in English Centre for Foundation Studies(CFS).


1. PROGRAM YANG DITAWARKAN

Terbahagi kepada dua , ARTS n SCIENCES

=Asasi Sciences

-Medic

-Pharmacy

-Dentistry


-Allied health sciences (uia degree utk ni ada 6)

Radiotherapy (yg xray2)

Optometry (pasal mata)

Dietetics (pasal makan)

Audiology (utk telinga)

Physiotherapy (kerja urut2 otot)

Biomedical (research pasal medic? entohlah)


-Nursing

-Engineering (uia degree utk ni ada  8)

Communications

Computer and information

Mechatronics

Aerospace

Automotive

Manufacturing

Biochemical and biotechnology

Materials


-Architecture and Environmental design  (uia degree  ada 6)

-ICT (uia degree utk ni information technology dgn computer science)

-physical science (uia degree utk ni matematik dan physics)

-biological science (uia degree utk ni hanya lah degree chem dan biotechnology)

-economics and management (yg ni ada 4)


= Asasi arts


-Law

-Islamic Revealed Knowledge

-Bachelor arabic

-Bachelor english

-Human science (political science,psychology,communication,history dan sociology and athropology-degree)

-English for international comunication (ENCOM) ni rasenye blajar kearah event management

-Arabic for international comunication (ARCOM) ni pun same gak


Ada satu lagi kuliyyah yang masih baru lagi dan sis tak berapa pasti sangat dan korang boleh bukak laman web dia untuk lebih maklumat tau Kuliyyah Languange and Management (diorang dah berpindah ke Pagoh,Johor) dan rasanya ada kos yang memerlukan interview dan ada 4 kos kat sini termasuk ENCOM dan ARCOM jugak masak kat degree nanti. Selain itu,

-Malay for International Communication (MALCOM)

-Tourism planning and hospitality management

Fakta2 pasal program2 kat asasi

1. Masa korang isi upu kalau tak dapat course yang korang nak, jangan risau sebab masa minggu orientasi diorang akan bukak application utk tukar course tapi bukan untuk course critical cam medic. Tetapi sebab student ramai sgt start tahun lepas dia dah tak bagi tukar masa minggu orientasi,utk tahun2 depan xtau laJadi salah satu cara ialah korang boleh tukar masa setiap hujung sem, time sem nak habis dia bukak la utk sape2 nak tukar. Tapi tgk korang nya pointer ngan result spm

2. Sapa2 yang course critical (tapi x lama lagi dah  xkritikal sgt) cam medic, dentistry korang nya cgpa kena mantain 3.5 ke atas dan terus dapat JPA. Utk pharmcay lak rasa nya jpa bagi utk cgpa 3.75 ke atas.Utk course2 lain yg ada dalam senarai JPA kalau nk apply min 3.5 tapi utk dpt ak nasihatkan korang studi la sampai dpt 3.8 ke.aku punya pointer sendiri kelaut.haha


3. Masa asasi uia, diorang amik student bnyk tapi tempat utk degree ade kuota masing2 . Contohnya sis human science, student asasi memang ramai dan di degree kita akan dipecahkan ikut kos kita nak ada 5 tau bawah human sciences ni Political Science, Psychology (kos sis ni),Communication,History dan Sociology and Anthropology.

4. Sekarang ni makin ramai student apply masuk asasi uia so skrg ni diorang tgh ubah sistem studi n exam supaya jadi lebih strict dan diorang hanya akan simpan budak2 yg lepas minimum pointer masing2.Sekali korang dapat dismiss letter dah xleh buat rayuan nk masuk uia balik.kata nya lah

5. Dalam satu sem ikut sistem baru ni, dah xde midsem exam dan hanya akan ada finalsem exam.so korang punya gred bagi subjek datang dari quiz +  assignment,presentation + final exam .Tpi dia ikut kos korang dan lecturer jugak diorang nak buat ke tak mid sem tu dan sekarang pun ada subjek yang tak ada final jugak.

6. Program kat asasi ni lain dgn asasi kat um dgn uitm ke atau matrik sebab masa isi upu tu kalau boleh pilihla yg dirasakan dekat dgn hati anda.Kalau dekat asasi lain kalau dah habis asasi,matrik kena pilih dalam upu balik utk degree. kalau budak2 uia ni kalau result okey terus dapat degree kat uia tapi kalau budak asasi uia nk masuk u lain tak boleh melalui upu. Diorang terpaksa apply sendiri,hantar surat sendiri kat u tersebut.

7. Asasi uia ade program setahun,setahun setengah,dua tahun. Tempoh bergantung pada exam entrance bi dan arab dan jugak course yg dipilih.

kalau korang dapat result exempted bagi exam entrance bi dan arab maka program anda jadi setahun (bagi sesetengah course akan diberi pilihan utk buat setahun atau dua)

2.TEMPAT PENGAJIAN ASASI UIA

Pusat asasi uia sekarang ni ada DUA.Sebelum ni ada tiga termasuk kat Gombak.

-Pusat Asasi Petaling Jaya

Pusat asasi kat sini adalah tempat sis belajar dulu tahun 2018 ialah tahun yang menyedihkan sebab pusat asasi ni telah ditutup. Segala kenangan kat sini dah hilang tapi kenangan tidak.

CFS IIUM


-Pusat Asasi Gambang


Hanya untuk kos aliran sains sahaja disini (degree) dan jugak semua asasi akan beradi di Gambag (Phang) lepas ni. Seronoklah korang tau duduk tempat baru. Masa sis dulu duduk di CFS PJ, dah ditutup pun.

Bilik di Gambang (Pahang)



Masjid CFS Gambang 
  1. Surat at-Thalaq ayat 12

Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahwasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu.



Thursday, 24 January 2019

Bila kita dah ditakdirkan

Assalammualaikum semua,

Tajuk macam drama TV3 pukul 7.00 malam tak tu..hahhahaha, bukan apa lepas tulis tentang cara nak isi UPU tu teringat masa mula2 dapat tahu result UPU. Perasaan dia susah nak cakap bercampur baur seronok,sedih, takut dan risau, macam2 lah yang sis fikirkan. Masa mintak UPU dulu ada lapan pilihan yang boleh kita buat tau masa sis dulu memang sis aim mesti dapat UITM sebab tujuh dari lapan tu sis mintak UITM  dan satu tu ASASI UIAM. Alhamdulilah dah namanya rezeki sis dapat masuk ke Garden Knowledge and virtue di Petaling Jaya,Selangor (sekarang dah tutup dan dan dipindahkan ke Pagoh Johor). Tak silap sis sekarang semua dah perpindah ke Gambang (Pahang) untuk budak2 aliran sains dan Pagoh (Johor) untuk selain budak2 aliran sainsis antara insan terpilih sebab PJ dekat dengan rumah.

Mahallah Khadijah  dan malam taaruf week



Tempat kenalnya erti hidup


Nanti sis akan post pasal pengalaman dan di Asasi UIA PJ ye, sebab ramai yang tak tahu pasal asasi ni sangat. Berbalik tentang kisah sis masa dapat tahu tentang result UPU sis kerja dekat Tadika Pasti As Siddiq dekat PJ, saja cari pengalaman baru. Masa sis dapat tahu pun lepas kawan baik sis Aida yang tolong check kan, dan masa tu kekok jugak sebab kawan sis tak dapat tapi check kan utuk sis perasaan serba salah tu ada tapi kami kawan baik sentiasa doakan untuk kawan2.

Masa dapat tahu tu sis terus jumpa ayah sis dekat bawah sebab masa tu kitaorang bukak kedai ABC, ayah sis seronok lah anak dia dapat masuk universiti,sis pun call akak dan mak sis berita seronok ni walaupun dalam hati terdetik bolehkah aku ni yang tak ada sekolah agama nak masuk UNIVERSITI ISLAM ANTRABANGSA MALAYSIA. Tudung dahlah singkat baju pun tak adalah labuh mana bahasa arab lagilah Assalammualaikum,waalaikumsalam tahulah.

Tapi alhamdulilah family sis selalu support dengan bagi kata kata semangat dan sis pun fikir positif yang sis mmg ada cita cita nak sambung belajar dan takkan nak duduk rumah jekan. Semua benda kita akan belajar nanti cuma malas atau rajin je. Perasaan sedih mula dirasai jugak sebab sis tak pernah jauh dari family dan tak pernah tinggalkan umah, masa di Asasi PJ lah detik permulaan hidup sis mengenal dunia.

Eh lupa nak cakap sis dapat ASASI SAINS KEMANUSIAAN. Haaa apa tukan mesti korang pelik kan belajar apa tu???? ada kerja ke???? doktor ke???? Nanti sis sambung ye, dah lewat ni beauty need to sleep,Goodnight semua

Love, ain.



Tuesday, 22 January 2019

Cara nak daftar UPU

Assalammualaikum semua,


Hari ni sis nak bagitahu cara nak mohon UPU ni. Sis pun tak adalah pandai sangat tapi berdasarkan pengalaman sis dulu tau. Kita semua mesti ada cita cita nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi kan nak banggakankan mak aya, nak duit banyak dan berjaya dalam hidupkan nilah salah satu langkah kita boleh ambik untuk merealisasikan impian kita tu... takkan nak tunngu anak raja datang minang dik oiiiiii (SIS TUNGGU JUGAK TAK ADA PUN,HEHEHE)


Bagi pelajar lepasan SPM, diploma, matrikulasi, STPM dan sebagainya, anda tentu tertanya-tanya bila agaknya permohonan Unit Pengambilan Pelajar (UPU) akan dibuka. Sebenarnya akak sendiri pun tak pasti tapi boleh selalu check online tau, jangan miss pulak rugi je nanti sebab semua perlu diisi online tau korang jangan gatal2 nak gi ofice dia pulak.

 

Ni laman web dia tau ------  http://upu.moe.gov.my/web/



Langkah pertama 

Insyallah dimulakan dengan Bismillahhirahmanirahim

 

Langkah kedua

Selepas UPU online dibuka, adik2perlu segera membeli nombor pin UPU di mana-mana kaunter cawangan BSN yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. No pin ni hanya boleh digunakan oleh satu pemegang akaun je tau, tak ada makna nak kongsi dengan jirau atau rakan taulan ye. Harga no pin ni boleh tanya kaunter BSN sebab takut berubah tapi lebih kurang Rm 15.64 Selain itu, korang  wajib pastikan nombor pin yang dibeli mengikut kategori yang betul sebab terdapat dua kategori nombor pin iaitu untuk kategori permohonan Program Lepasan SPM (setaraf) bagi pemohon yang memohon menggunakan sijil SPM, SKM, ILKA dan Sijil Kolej Komuniti manakala bagi kategori kedua adalah permohonan bagi Program Lepasan STPM (setaraf) bagi pemohon lepasan STPM, Matrikulasi KPM, STAM, Diploma Setaraf, Asasi UiTM dan Asasi UM. 

 

 

 

Langkah ketiga

Bolehlah mula mengisi borang UPU tu, isi bagi lengkap ye dan korang dapat buat sehingga 3 atau 5 kali cubaan untuh isi borang UPU tu. Mana tahu ubah fikiran nak ke bidang lain,tukar no handphone ke guna sebaik mungkin peluang tu jang pulak saja saja je tukar nak hilangkan bosan ye.

 

Ada 8 pilihan utuk korang pilih universiti dan kos apa korang nak sambung nanti, pilih minat korang jangan ikut kawan atau orang. Macam sis memang ikut pilihan sis sendiri dan Alhamdulilah family sis support je walaupun sis tak yakin awal2 nak masuk UIA sebenarnya walaupun sis yang mintak. Tapi alhamdulilah berkat doa semua sis bejaya harungi liku liku kehidupan.......Untuk dapat result yang cemerlang tu tahniah bagi kurang memberangsangkan jangan putus asa rezeki korang Allah bagi dengan cara lain tau. Itu sahaja yang sis nak bagitu,byeeee

 

 Love ain.

 


 

Monday, 21 January 2019

TAK KENAL TAK CINTA

Assalammualaikum semua,


Nama penuh sis Nur 'Ain binti Mohd Subian dan no ic 95........, heheheh tak yahlah kut karang jadi lain pulak. Tahun 2019 ni umor sis Alhamdulilah 24 tahun dah terima kasih kat Encik Subian dan Pn Rahmah ye membesarkan anak dia yang sedia besar ni.

Sekarang sis masih lagi study kat UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM), dalam kos PSYCHOLOGY dan nampak tak macam tgh bangga tu..hehehehe, insyallah sem depan yang menjelang lagi berapa minggu je lagi tahun 4 sem 2 di UIA, 6 tahun dan dekat Uia termasuk asasi di PJ dulu. Klaau korang nak tahu step2 masuk UIA dan apa je ada dekat UIA tu nnti sis terangkan dalam next entry. Nanti sis pun akan kongsikan pasal Psychology ni apa yang sis belajar dan apa yang menariknya.


Kenapa 2019 menjadi permulaan baru gatal nak buat blog ni?????????

Sebab bila kita semakin dewasa kita semakin susah nk luahkan dan banyak benda kita nak kongsi dan blog ni adalah medium yang terbaik.

Oklah dan pukul 1.46a.m jam didinding terus berdetak ahhh.... dari terus sambung jom kita tido dulu.