Assalammualaikum dan hye semua,
Alhamdulilah minggu ni sis dah berada di UIA untuk sem akhir di UIA Gombak,insyallah harap semuanya berjalan lancar dan sis boleh grad dengan jayanya. Aminnnn
Disebabkan
keputusan UPU dah nak keluarkan, rasa nak share pasal pengalaman atau step korag akan lalui setelah dapat menjejakkan kaki di asasi UIA nnti. Di UIA akan ada orientasi seprti di UNI2 yang lain jugak tapi korang tak payah stress2 risau2 pun nangis bucu katil ke sebab orietasi di UIA atau dikenali sebagai taaruf memang santai2 je. Korang akan lebih mengetahui pasal UIA di orientasi ni so better pergi dari duk bilik mereput buat apakan. Kalau ada ayat2 brother atau sis kalau tak pergi taaruf tu kena ulang sem depan, tak payah terpedaya sampai grad pun tak ada makna diorang nak cari korag kena repeat tak ada faedah cuma bila korang tak pergi banyak info yang korang akan miss nanti. Eh lupa nak cakap kat sini panggilan antara student adalah bro and sis, ala2 luar negara gitu.
Semasa minggu taaruf jugak korang akan melalu ujian2 iaitu English Placement Test (EPT) ,Arabic Placement Test (APT) dan Tilawah Placement Test. Ujian ni bukan apa nak check korang punya level sebab dia akan mengajar kita dari basic zero ke hero gitu. Siapa yang lemah bahasa arab macam sis atau dari segi kata lain tak belajar arab pun jangan risau korang akan dapat belajar bahasa syurga tu di UIA tau. Begitu jugak untuk english sebab bahasa pengatara di UIA mmg menggunakan bahasa ingeeris fully ye barulah rasa di OXFORD gitu.
Sis cite pasal English Placement Test
(EPT) kat UIA dulu. EPT ni kira macam adik beradik MUET, IELTS dan semua
test yang sewaktu dengannya cuma EPT khusus untuk pelajar UIA. Best
sebab kami tak perlu ambil MUET Test
ni akan diduduki oleh semua lepasan SPM yang dapat peluang masuk UIA
untuk tentukan English kita kat tahap mana. Exam masa minggu orientasi. Level dia dari 1-6 dan setiap kos ada level yang perlu lepas untuk ke degree dan level ni jugak yang menentukan awak satu,satu tahun setengan atau dua tahun dia UIA. Tapi sekarang katanya asasi semuanya setahun jugak,tak pasti sangat.
Sis biasalah budak2 bijak mula dari bawah di Level 4, hahaha (sedangkan tak lepas) membuatkan sis berada di UIA 2 tahun untuk asasi dan utuk kos Human Sciences memerlukan kita sampai level 6 untuk ke degree. Level 4 tu kira orang yang tahap English dia biasa² je. Sebab ada yang dapat
level 5 level 6 dan ada yang exempted (tak payah masuk kelas English langsung).
Best kan?Mula² memang la
cemburu tengok orang yang tak perlu masuk kelas English masa asasi
sebabnya kelas English la yang paling banyak contact hour. Kelas lima
hari seminggu rasa nak muntah belajar English.
Lepas habis level 4 kena masuk kelas level 5 pulak
nangis oo masa keluar result sebab ada kawan² yang exempted terus dari
level 4 jadi dah tak perlu masuk kelas English dan ada yang terus jump ke level 6 jugak . Betapa desperate nya tak
nak pergi kelas English sebab masa asasi kelas penuh dengan kelas
bahasa je
Masa
level 5 pulak nak dijadikan cerita sedih lagi menyanyat hati sis ditakdirkan oleh Allah untuk repeat Level 5 sedihkan orang ada dah habis ada naik level 6 sis masih tersangkut kat situ. Masa nilah kami kena push untuk buat essay demi essay. Tak tahu la
berapa banyak essay dapat siap dalam satu sem tu. Siap satu essay kena
hantar dan madam akan bulat atau garis je kesalahan kita dan kita kena
betulkan sendiri then hantar semula. Dengan cara ni, kita ingat
kesalahan kita dan tak ulang kesalahan sama bila buat essay lain. Tapi alhamdulilah Allah memang uji kita utuk diganti dengan benda yang baik sis tak payah ambik level 6 sebab dan exit terus. Terus puji diri sendiri masa tu...
Sekian
cerita pasal EPT. Oh selain tu ada juga Arabic Placement Test (APT). Untuk arabic placement test ni pun macam EPT tadi cuma dekata asasi kos Human sciences wajib lepas level 1 dan level 2 untuk ke degree dan masa ni sis dengan bangga keluar awal ialah mana faham bahasa arab dan sis diletakkan di Level 1 untuk kelas arab. Masa level 1 ada kawan sis terus jump sampai 5 kiranya tak payah ambik arab kat degree dan ada yang ke level 2 tengok nasiblah korang pandai arab dan sekolah agama lagi mudah sebenarnya. geng2 sis jangan risau kat sini nnti korang belajar.
Next pulak, Tilawah Placement Test (TPT), ini ujian untuk ustad dan ustazah dengan bacaan quran kita dan tajwid dan ada satu lagi test ujian fardu ain ni. Kalau korang dapat markah tinggi di asasi korang akan masuk kelas usrah di uia dan kalau korang dapat markah rendah akan akan kelas alquran dan fardu ain untuk diajar.
Jangan risau UIA ni lengkap duniawi dan akhirati tau. Malas nak cerita. Itu lah UIA, orientasi yang penuh dengan briefing dan test
Selamat meneruskan pelajaran. Choose well May Allah ease your future undertaking.